w i f u e
about bias stuff link home skins twitter facebook follow blogskins
Kenapa insurans takaful diperlukan....
Sunday 1 May 2011 | 08:03 | 1 comments

KEPENTINGAN TAKAFUL

Takaful merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia. Semua orang berusaha keras mengumpul harta dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak.

Kita seharusnya memerlukan persiapan di bawah sebagai tabung apabila kita tiada :-
1) Tabung perbelanjaan pengebumian, bil hospital dan perundangan
2) Tabung pelupusan hutang piutang
3) Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris
4) Tabung untuk pinjaman perumahan dan sewa beli
5) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
6) Tabung pendidikan anak

Perkara yang perlu diambil perhatian adalah mampukah kita membayar bil hospital bernilai RM 500,000.00 apabila berlaku penyakit kritical kepada kita ? Inilah peranan peranan takaful sebagai alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia.



CUBA TANYA DIRI ANDA SENDIRI SEJUJUR-JUJURNYA?

Adakah diri anda penting kepada keluarga dan anak-anak anda?
i) Bolehkah anda jamin yang diri anda tidak akan diserang kanser?
ii) Bolehkah suami anda menanggung sara hidup anda jika anda lumpuh?
iii) Bolehkah anda jamin kehidupan persaraan yang selesa?